USG :)

We are who we are , you will never find another Family like us out there :)



Monday 16 September 2013

Assalamualaikum :)

Hai guyss.. Today is 16th September 2013. Its been 3 months. 3 months since she left us. Forever. Arwah dulu baik orangnya. Sebenarnya, aku mimpi arwah haritu. Muka arwah sedih sangat. Cousin dia ckp, kita mesti banyak sedekah kt dia. Kalau bukan Yasin, at least Al-Fatihah. Aku dah faham kenapa. Kita masing-masing busy sekarang. Test, final. Sampai kita terlupa. Yang dia perlukan kita. Dia perlu bantuan kita untuk tetap tenang di sana. 

   
High table Temenggung. Happy kan time ni? :')

Parents aku pergi time arwah dikebumikan. Kakak aku cakap, muka arwah tenang sangat. Bersih. Hanya tinggal luka waktu accident. Alhamdulillah. Semoga doa kita semua dimakbulkan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.


Aku rindu senyuman arwah. Gelak ketawa arwah. Kadang-kadang aku terfikir. Mmg betul ckp Ustaz dulu. Ajal tidak mengenal usia. Siapa tahu selepas ni giliran siapa kan? Bila aku sunyi, aku selalu ingat kamu. Member yang boleh buat aku ketawa, ajar aku bila aku susah faham, tolong aku bila aku perlu. Aku rindu semua tuu. Di sini, aku dpt kawan baru. Tapi tiada yg dapat ganti kamu. Kawan membesar, belajar, begaduh. Walaupun semua tu tinggal kenangan, tapi aku harap kenangan tu lah yg akan kita simpan sampai bila-bila. Bila aku ingat balik, banyak sgt kenangan kita. Tapi satu yang paling aku ingat.

Time camping form 4 dulu. Duan kena marah-marah sama teacher Avila. Di situ lah semangat batch kita membara. Penat, sakit, semua kita lupa. Yang penting hati kita bersatu. Aku sedih bila ingat balik saat tu. Saat-saat yang cuma sekali dalam hidup kita. X mungkin berulang lagi. Nanti, ada yang sambung oversea. Ada yang stay dekat pulau. Ada yang dekat negeri lain. Jasad kita sudah terpisah. Tapi aku harap hati kita tetap sama. Kenangan kita tetap ada. 

Apa-apa pun, gluck final nnt. Panjang umur, murah rezeki kita jumpa lagi. Kita ramai-ramai melawat sekolah. Kita imbas kembali kenangan kita dulu-dulu. Mesti best kan? Kita sama-sama lawat kubur arwah. Btw, kita doakan jugak arwah Sharifah tenang di sana. Walaupun ahli kita berkurang di dunia, semoga persahabatan kita kekal hingga ke Jannah. Amin. Al-fatihah buat Nurul Maizura Maidan Dali dan Sharifah Shakirah Shaiful Bahri.



No comments:

Post a Comment